Sabtu, 21 Mei 2016

KTAC OR PTPL 2..

Assalamualaikum...

maaf kerana dah lama tak update blog ni..
tapi alhamdulillah, walaupun dah lama tak update,
tapi saya dapat banyak respon daripada junior2 saya
yang berminat nak masuk ktac ni tapi masih dalam keadaan ragu2...

disini saya ingin menjelaskan serba sedikit mengenai ktac ni melalui
semua soalan2 yang pernah di kemukakan kepada saya..
sebelum tu, saya ingin mohon maaf sebab saya ni graduan ktac 2014.. jadi sedar tak sedar dah nak 3 tahun da saya tinggalkan kolej tu..
saya tegaskan disini, segala maklumat yang saya sertakan mungkin berbeza dengan pengurusan ktac sekarang...

saya mulakan serba sedikit mengenai ktac ni..

1) yuran pendaftaran..
  - yuran pendaftaran memang kena bayar pada hari pertama pendaftaran. merangkumi duit pendaftaran, duit hostel, duit kelab, duit baju f1.. ni nanti kalau dah comfirm masuk ktac, dia akn sertakan sekali dengan list kena bawa..

2) hostel..
  -lepas dah settle pendaftaran dekat kolej, salah sorang pegawai yang bertugas akan bawa parents dan pelajar konvoi ke hostel yang di tempatkan.. hostel mereka ada banyak, area pudu, pandan jaya kot, area kolej dan mana lagi saya tak tahu..
   -hostel ni disediakan hanya untuk pelajar sem 1 dan sem 2 sahaja... kalau sem 3 dan seterusnya masih nak duduk di hostel, benda ni boleh di bincang kemudian dengan pihak kolej..
   - lepas sem 2, pelajar di kehendaki mencari rumah sewa sendiri.. jangan risau, oleh kerana kolej ni tengah bandar, rumah sewa banyak area kolej.. tapi kena pakat2 dengan member la, jenuh jugak nak bayar duit sewa sesorang..

3) kelas
  - lepas dah settle semua kemas hostel semua, esoknya kena la pergi kelas kan? tapi tak ada la dia suruh terus masuk kelas.. siapa yang dapat intake awal tu mungkin dia akan bagi kelas dulu, bila dah habis intake terakhir, mereka akan buat sesi orientasi untuk tentukan kelas korang sepanjang sem 1 tu... time orientasi ni juga boleh la korang tanya apa2 yang korang tak jelas mengenai ktac ni.. malu bertanya sesat jalan dik...

4) PTPTN
  - ha, yang ni soalan popular.. tak pernah miss di tanya.. pengajian kita ptptn tanggung.., TAPI, kan besar tapi tu,, tapi, itu untuk yuran pengajian dan hostel SAHAJA .. maknanya disini, duit sara diri adalah tanggungjawab pelajar itu sendiri..

5) MQA
  - kolej ni memang di iktiraf MQA ... jadi kalau jadi graduan ktac, sijil dip tu laku, jangan risau.. kolej ni jugak ada beberapa kali masuk MBOR.. tanya la pakcik google kalau jumpa..

6) apa lagi ye? kolej..
   - kolej ni terletak kat tengah bandar.. bas, lrt, semua mudah... dekat dengan pasaraya jaya jusco, kalau naik bas dekat depan kolej, dah boleh terus ke times square.. (saya dulu kaki jalan, tu yang selit sekali topik ni, hahah).. pensyarah nya pun ok je,, senang nak skor markah dekat ipts ni, as long as korang buat assignment, datang kelas, buat tuto, buat kuiz.. CGPA korang insya Allah akan ok.. tapi korang jangan la main2 masa sem 1, sebab kalau sem 1 pointer rendah, sem seterusnya susah korang nak naik balik...

7) unsur menipu?
    - dah banyak juga saya baca kata ktac ni menipu.. tapi mengenai apa pun saya tak tahu.. rasanya semua yang graduan dari ktac ni tak kena tipu pun... eh jap, lari topik jap.. korang kenal tak abang waliuddin yang jual donut rm 10 sen tu? haaaa tu la senior saya kat kolej ktac tu.. graduan ktac tu, bangga kejap.. hehe..

8) nasihat saya
   - apa2 pun yang kita lakukan pentingnya ada nawaitu dalam hati.. ilmu ni, kita boleh cari dekat mana2. kan kita dah dituntut untuk mencari ilmu hingga ke menara gading?.. jadi, tetapkan niat di hati dan teguhkan pendirian, jangan termakan dengan unsur negatif sekeliling kita..

9) terakhir dari saya
  -maaf kalau ada topik yang tertinggal... kalau masih ad soalan dalam kepala otak korang tu nak tanya, silalah wassap saya di no 011 1473 1358.. insya Allah saya jawab semua soalan anda itu...

salam sayang- cute gurlz (cute la sangat!)